My Add

Saturday 26 November 2011

Perhimpunan aman: Pinda syarat yang tidak disenangi rakyat

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011: 
KERAJAAN harus memastikan segala syarat yang menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat dalam undang-undang mengenai perhimpunan aman diteliti sebaik mungkin dan dipinda atau diperjelaskan.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar berkata, langkah itu perlu dalam usaha kerajaan meningkatkan kebebasan mengikut prinsip demokrasi di negara ini.

"Rang undang-undang ini memberi kebebasan kerana sekarang kita tidak perlukan permit tetapi hanya perlu memaklumkan kepada polis. Namun, terdapat juga unsur yang menimbulkan keraguan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia, di sini hari ini turut menyambut baik pembentangan rang undang-undang itu.

Chandra menyarankan agar kerajaan memasukkan frasa “perhimpunan aman tidak melanggar Perlembagaan” dalam rang undang-undang itu bagi memastikan perhimpunan yang dianjur tidak mencetuskan huru-hara. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment