My Add

Saturday, 26 November 2011

Umat Islam harus berani lakukan penghijrahan, transformasi

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011:
DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, umat Islam harus berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara bagi memastikan bangsa tidak ketinggalan.

Perdana Menteri berkata, penghijrahan dengan melaksanakan agenda transformasi negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh, meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi.

"Penghijrahan besar yang kita lakukan apabila memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjadikan negara terus aktif dan berdaya saing walaupun berdepan dengan krisis ekonomi global yang semakin mencabar,” katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1433H yang akan disambut esok, di sini, hari ini.

Najib berkata, bagi tahun ini, sejak Januari sehingga September, kadar pertumbuhan purata dicatatkan negara ialah 5.1 peratus, manakala kadar pertumbuhan bagi suku ketiga tahun ini ialah sekitar 5.8 peratus.

Katanya, agenda penghijrahan ekonomi dan pembangunan negara selama ini telah membuktikan falsafah kesederhanaan dan keseimbangan adalah satu pencapaian hebat dan mesej dakwah Islamiah yang besar di tahap global.

"Sama ada di peringkat Asia mahupun dunia, kita juga konsisten menyarankan pembentukan pergerakan kesederhanaan di peringkat global, hakikatnya kita telah merujuk kepada semangat ajaran al-Quran dan as-Sunnah,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment