My Add

Saturday 26 November 2011

Tuntutan bagi perubatan tradisional akan dibenarkan

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011:
KEMENTERIAN Kesihatan akan membenarkan tuntutan bagi perubatan tradisional dan makanan kesihatan tambahan bagi memastikan ia selamat digunakan oleh orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian itu telah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi mengkaji tuntutan perubatan tradisional.

"Dua kategori petunjuk telah dikenal pasti iaitu tuntutan bagi penggunaan ubat-ubatan tradisional dan tuntutan bagi rawatan tradisional,” katanya ketika melancarkan Forum Ekonomi Bio-Herba Global Kelima di sini hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa kerja itu, yang terdiri daripada pengawal atur, ahli akademik, penyelidik dan penggiat industri tempatan, dijangka merangka satu garis panduan berhubung tuntutan yang dibenarkan bagi produk tradisional menjelang tahun depan.

Tiong Lai berkata, terdapat potensi pertumbuhan memberangsangkan dalam pasaran industri herba tempatan yang dianggarkan berkembang pada kadar 15 peratus setahun, dengan nilai pasaran meningkat daripada RM7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM29 bilion menjelang 2020. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment