My Add

Sunday 1 January 2012

Gunting rambut percuma

WAN Zawiyah WAN Halim (kiri) bersama ahli Puteri UMNO memotong rambut kanak-kanak di Dewan Orang Ramai Napoh, kelmarin.

JITRA, AHAD, 01 Januari, 2012: Puteri UMNO Kubang Pasu menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada kanak-kanak di seluruh Parlimen Kubang Pasu sempena pembukaan sesi persekolahan 2012.

Ketuanya, Wan Zawiyah Wan Halim berkata, seramai 15 ahli pergerakan itu yang terlatih dan mempunyai sijil dari Pusat GiatMara Jerlun disediakan untuk memberi khidmat menggunting rambut kanak-kanak sekolah rendah.

"Kami harap dengan kemahiran yang ada mereka dapat membantu memberi perkhidmatan menggunting rambut kanak-kanak yang kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan baru tidak lama lagi," katanya di sini semalam.

Dalam program itu, seramai 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun turut menerima sumbangan beg sekolah, alatan tulis dan makanan ringan.

Menurutnya, semua tenaga terlatih itu menjalani latihan di Pusat GiatMara selama 16 jam selain menjalani latihan amali di beberapa salon rambut selama enam bulan sebelum diberi sijil tersebut.

"Diharapkan melalui program ini ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan," jelasnya. - MM

No comments:

Post a Comment