My Add

Sunday 1 January 2012

Karnival Kesedaran Komuniti sasar 5,000 belia


AHMAD Shabery Cheek bersama sebahagian pemilik kereta kawalan jauh ketika melawat tapak Karnival Mini HDN 2011 di Laman 1 Malaysia, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Kira-kira 5,000 belia di sekitar Lembah Kelang dijangka membanjiri Karnival Kesedaran Komuniti 2011 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, selama dua hari mulai hari ini.

Karnival anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan dan Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, esok.

Presiden YMM, Tan Pei Leong berkata, matlamat penganjuran karnival tersebut adalah untuk memberi kesedaran yang mendalam terhadap generasi muda berhubung usaha-usaha memerangi jenayah termasuk sasaran kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Terdapat pelbagai aktiviti akan dijalankan termasuk demonstrasi rutin PDRM termasuk penglibatan Unit Anjing Pengesan yang kami lihat dapat menarik minat pengunjung.

"Pendedahan ini dilakukan kepada golongan tersebut agar budaya mencegah jenayah dapat disebar dengan lebih efektif dari peringkat awal lagi," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Pei Leong, sebanyak kira-kira 30 gerai pameran dan jualan di sekitar Astaka, taman tasik tersebut akan memainkan peranan memaklumkan kepada pengunjung berhubung kaedah-kaedah membasmi jenayah di kawasan mereka.

Katanya, gerai yang dikelola Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dilihat bakal mendapat perhatian pengunjung serta gerai Kementerian Kesihatan yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung termasuk tekanan darah dan jisim indeks tubuh (BMI). - MM

No comments:

Post a Comment