My Add

Sunday 1 January 2012

Tujuh sahabat maut nahas kereta-treler

KEADAAN Mpv Honda Stream yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Manjung, Ipoh, malam tadi.

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
MANJUNG, SABTU, 01 Januari, 2012: Tujuh sahabat terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di Batu 6 Jalan Lekir, Setiawan dekat sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, enam mangsa mati serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pukul 8 pagi ini akibat cedera parah.

Mereka yang mati di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Mohamed Kamil Tamsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi, 15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof, 16; Badrul Isa Sulaiman, 20; dan adiknya Mohd. Hadi, 17.

Mohd. Hisham Mat Zaki, 23; yang memandu kereta itu, Khairul Faiz Mohd. Nor, 17; cedera ringan, manakala pemandu treler, Abdul Rashid Mohd. Hisham, 49, cedera parah. - Utusan Malaysia


No comments:

Post a Comment