MUSA Aman bersama Shahrizat Abdul Jalil (empat dari kiri), Armani Mahiruddin (empat dari kanan) dan ketua-ketua Wanita UMNO bahagian memotong kek pada majlis silaturrahim dan makan malam di Sabah, kelmarin. |
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, pemahaman mengenai perkara itu mampu meyakinkan rakyat untuk menolak pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Adalah menjadi tanggungjawab kita menjelaskan kepada semua pengundi mengenai program dan dasar BN kerana inilah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat.
"Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, banyak usaha dan pembangunan dilaksanakan untuk rakyat seperti penghapusan yuran sekolah, pemberian RM100 kepada pelajar sekolah dan pemberian RM500 kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan," katanya.
Beliau berucap pada majlis silaturrahim dan makan malam Wanita Penjalin Perpaduan anjuran Wanita UMNO di Dewan Bankuet Bangunan UMNO Sabah di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armani Mahiruddin serta ketua-ketua Wanita UMNO seluruh Sabah.
Musa berkata, BN bukan gabungan parti yang suka berbohong dan menabur janji kosong kepada rakyat seperti yang sering dilakukan oleh pembangkang sehingga rakyat menderita.
Katanya, rakyat harus jelas dengan usaha dan keikhlasan BN membela nasib mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan khabar angin dan janji pembangkang yang hilang hala tuju.
Menurutnya, selain menjelaskan kepada rakyat mengenai kejayaan BN, jentera pilihan raya BN juga diminta bersatu padu dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan semua calon BN pada pilihan raya umum nanti. - MM
No comments:
Post a Comment