KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan melancarkan Televisyen IKIM (TV IKIM) pada Februari depan, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Beliau berkata, TV IKIM adalah alternatif baru bagi menaik taraf sistem penyiaran institut berkenaan pada 2012.
"Saya berharap stesen TV IKIM akan mendapat sambutan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konsert Malam Apresiasi 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan.
Ketika ini, IKIM mengendalikan IKIM.fm iaitu saluran radio 24 jam yang menampilkan rancangan bercorak Islam. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment