My Add

Sunday, 1 January 2012

Orang ramai boleh beri ulasan mengenai Lynas mulai Selasa

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) sudah menerima dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada syarikat Lynas(M) Sdn Bhd. 

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madinah Mohamad, berkata ia adalah dokumen baru yang akan dikemukakan untuk pertimbangan LPTA dan ia akan dipamerkan bagi mendapatkan maklum balas awam bermula 3 hingga 17 Januari.

"Orang ramai boleh melihat dokumen ini di lokasi seperti di ibu pejabat LPTA di Dengkil dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang pada Isnin hingga Jumaat dan juga pada hari Ahad hingga Khamis di pejabat sementara LPTA di tapak syarikat Lynas (M) Sdn Bhd di Gebeng, Kuantan dan di Pejabat LPTA Cawangan Timur di Kemaman, Terengganu.

"Bagi orang ramai yang ingin memberi ulasan berhubung dokumen ini, mereka perlu kemukakan ulasan menggunakan borang yang disediakan di lokasi berkenaan sebelum 20 Januari 2012 jam 12 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment