My Add

Saturday 28 January 2012

10,000 koperasi baru ditubuh 2013

PULAU PINANG, SABTU, 28 Januari, 2012: Lebih 10,000 koperasi baru dijangka didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menjelang tahun depan.

Selain itu, SKM juga akan menyenaraikan 100 koperasi yang mempunyai pulangan tinggi bagi menggalakkan lebih banyak koperasi bergiat aktif menjana pendapatan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, sehingga Jun tahun lalu, sebanyak 110 koperasi daripada 8,606 buah yang berdaftar diklasifikasikan sebagai koperasi mega berikutan pulangan diterima daripada perniagaan masing-masing mencecah RM5 juta setahun.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian bengkel membaiki kenderaan, Ko-op Auto Service yang diusahakan Koperasi Pemandu Lapangan Terbang Pulau Pinang Berhad di sini, semalam. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment