My Add

Saturday 28 January 2012

60 pengusaha restoran desak Presiden Presma disiasat

KUALA LUMPUR, SABTU, 28Januari, 2012: Seramai 60 pengusaha restoran yang mendaftar dengan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) hari ini tampil membuat laporan polis mendesak siasatan dilakukan terhadap Presiden persatuan itu, Noorul Hassan Saul Hameed yang disyaki terlibat dalam penyelewengan wang hampir RM6 juta.

Laporan tersebut dibuat bekas Presiden Presma, Datuk Jamarulkhan M.S Kadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 11.12 pagi.

Menurut Jamarulkhan, beliau membuat laporan terhadap Noorul Hassan bagi mewakili 60 pengusaha yang memiliki 300 rangkaian restoran mamak di seluruh negara setelah mereka mengadu kepadanya bahawa Noorul Hassan mungkin menyeleweng wang persatuan hampir RM6 juta Disember tahun lalu.

Menurutnya, wang yang diselewengkan itu merupakan pembayaran bagi ahli-ahli untuk mendapatkan kelulusan bagi membawa masuk 15,000 pekerja asing melalui Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) serta menguruskan proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

"Berdasarkan aduan dibuat, saya telah menyiasat dan mengadakan perjumpaan dengan beberapa ahli Presma untuk mendapatkan penjelasan dan mendapati aduan tersebut adalah benar," katanya pada sidang akhbar di Restoran Syed, Jalan Dang Wangi, di sini, semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment