My Add

Saturday 28 January 2012

23,901 isi rumah Sibu terima BR1M

SIBU, SABTU, 28 Januari, 2012: Sebanyak 23,901 isi rumah di lima kawasan Dewan Undangan Negeri di sini akan menerima sejumlah RM11.9 juta melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Sri Wong Soon Koh.

Kawasan berkenaan ialah Bawang Assan, Bukit Assek, Dudong, Pelawan dan Nangka.

Wong berkata, penyampaian baucar tunai BR1M akan dibuat dalam tiga fasa dan penerima perlu bersabar kerana urusan itu baru saja bermula.

Setakat ini, kira-kira 17,000 penerima belum mengambil baucar masing-masing, katanya kepada pemberita selepas menyaksikan urusan penyampaian baucer berkenaan di perkarangan Pusat Sivik di sini, hari ini.

Wong berkata, urusan penyampaian baucer serupa akan diadakan dari Isnin hingga Jumaat di Dataran Bandar Sibu.

Beliau juga menasihati pemohon yang gagal mendapat bantuan itu supaya tidak berasa kecewa dan marah kepada kerajaan.

"Anda juga akan mendapatnya jika layak. Semua orang masih boleh merayu kerana tarikh akhir untuk berbuat demikian ialah pada 10 Feb," katanya.

Wong berkata rayuan dan permohonan semula bantuan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri atau dengan melayari laman web BR1M. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment