My Add

Saturday 28 January 2012

Kerajaan pusat cadang beli tanah bina rumah mampu milik

GEORGETOWN, SABTU, 28 Januari, 2012: Kerajaan pusat bercadang membeli beberapa bidang tanah di Pulau Pinang bagi membina perumahan mampu milik untuk golongan Bumiputera di negeri ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata
sebanyak tujuh bidang tanah sudah dikenal pasti setakat ini dan kerajaan sedang berbincang dengan pihak penjual bagi membeli tanah tersebut.

"Satu isu yang begitu mencabar dihadapi oleh Bumiputera, penduduk Melayu di 
Pulau Pinang ialah harga rumah semakin lama semakin tinggi, sehingga rumah teres 
tiga tingkat pun berharga lebih RM1.5 juta. Macam mana orang Melayu nak beli? 

"Jadi, kita akan cuba cari mekanisme untuk membabitkan kontraktor dan pemaju 
tempatan. Kita tidak mahu hanya kerajaan saja terbabit, tetapi kerajaan akan 
memudahkan pada peringkat permulaan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, hari ini. 

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata perumahan yang akan dibina kelak mungkin menggunakan konsep Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana memberi penekanan kepada projek perumahan mampu milik. 

Antara perkara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat hampir dua jam itu 
adalah berhubung isu bayaran kontraktor, kursus dan seminar berhubung 
kerjaya untuk golongan muda dan bantuan yang boleh disalurkan untuk golongan 
bumiputera di negeri ini. - BERNAMA 


No comments:

Post a Comment