My Add

Saturday 28 January 2012

Agong titah UPNM tingkat prestasi capai visi penubuhan

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Januari, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu mengambil langkah berterusan selaras perkembangan semasa dalam memastikan kecemerlangannya di masa depan. 

Titah Seri Paduka Baginda, semua pihak terutama pengurusan institusi itu
harus mengekalkan prestasi dan prestij UPNM ke arah mencapai visi dan misi penubuhannya.

Tuanku Abdul Halim bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Diraja dan 
Pengurniaan Watikah Pentauliahan 302 pegawai kadet UPNM di sini hari ini. 

"Beta amat berbangga kerana UPNM berjaya melahirkan pegawai-pegawai muda 
yang bakal mewarisi kepimpinan unggul ATM di masa depan," titah Seri Paduka 
Baginda. 

Turut berangkat menghadiri majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku 
Hajah Haminah. 

Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Seri Paduka Baginda mengingatkan bahawa anugerah pentauliahan itu satu 
amanah yang perlu dipelihara dan dihayati dengan iltizam berterusan. 

Pegawai Rendah Kanan Luqman Hakim Sahar, 24, terpilih sebagai pegawai kadet 
terbaik di upacara tersebut. 

Anak seorang petani yang meminati badan beruniform sejak di bangku sekolah 
lagi itu kini menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan 
Elektronik (Kuasa) daripada UPNM. 

Bagi Kapten Rabiatul Adawiyah, 23, pula kejayaannya menamatkan latihan 
selama empat tahun itu ialah berkat dorongan keluarga dan keazamannya sejak 
kecil untuk menjadi anggota tentera. 

"Saya tidak melihat apa-apa perbezaan antara saya sebagai wanita dan kadet 
lelaki. Kami diajar pelbagai bentuk latihan dan disiplin secara saksama dan 
tiada pilih kasih," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment