My Add

Saturday 28 January 2012

BR1M: Usah terpedaya dakyah pembangkang – TPM

MUAR, SABTU, 28 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan dakyah parti Pas bahawa kerajaan akan menaikkan cukai pendapatan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) setelah menyalur peruntukan dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan tersebut merupakan satu pembohongan daripada pembangkang bagi menakutkan orang ramai.

"Berapa ramai rakyat negara ini yang membayar cukai? Sebahagian besar tidak layak pun membayar cukai. Daripada 27 juta rakyat, hanya satu juta sahaja yang membayar cukai,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan BR1M zon Gersik/Kundang Ulu di sini, hari ini.

Beliau berkata, parti pembangkang kini gusar dengan sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang banyak membantu meringankan beban rakyat pada masa ini.

"Dia (Pas) tahu rakyat yakin dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan BN sehingga sanggup membuat dosa kering,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN tidak berniat menyusahkan rakyat, sebaliknya berniat menolong rakyat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment