My Add

Saturday 28 January 2012

Tawar tunai untuk BB1M: Polis telah kenal pasti pasangan

SHAH ALAM, SABTU,  28 Januari, 2012: Polis telah mengenal pasti pasangan yang mendekati penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah dan menawarkan untuk menukar Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mereka dengan tunai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang dipercayai melakukan perkara serupa.

"Polis kini menyiasat universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung dakwaan terdapat beberapa pihak yang mengiklankan melalui Internet meminta penuntut menjual atau melelong baucar buku mereka yang bernilai RM200 untuk mendapat tunai segera.

"Ketika ini, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah ”Auto Maskulin” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas, mengumumkan kerajaan akan memberi baucar buku RM200 kepada semua penuntut Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar matrikulasi atau Tingkatan Enam, dan ia tidak boleh ditukar dengan tunai. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment