My Add

Friday 27 January 2012

Gagal pelihara produk pelancongan beri imej negatif - Yen Yen

KOTA BAHARU, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Kegagalan kerajaan negeri Kelantan menjaga dengan baik produk pelancongannya dikhuatiri akan memberi imej negatif kepada industri pelancongan di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Beliau berkata, Kelantan mempunyai banyak produk pelancongan tetapi pihak kerajaan negeri tidak menyelenggara dengan baik terutama daripada aspek kebersihan dan infrastruktur.

"Kita menerima banyak aduan daripada pelancong yang datang ke sini bahawa mereka menginap di hotel tetapi perkhidmatan yang ditawarkan tidak bagus manakala beberapa lokasi tumpuan pelancong tidak dijaga kebersihannya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri pelancongan negeri Kelantan dan majlis Riang Ria Tahun Baru Cina di sini hari ini, Yen Yen berkata Kelantan dahulunya terkenal dengan keindahan dan kebersihan pantainya tetapi kini pantai tersebut terjejas teruk akibat hakisan ombak.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap daerah yang mengeluarkan lesen kepada hotel dan tempat penginapan lain, perlu memastikan pengusaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong, agar mereka merasa selesa melancong ke negeri ini. — BERNAMA


No comments:

Post a Comment