My Add

Saturday 28 January 2012

Jambatan baru empat lorong di Bentong akan dibina: Liow

BENTONG. SABTU, 28 Januari, 2012: Sebuah jambatan baru empat lorong akan dibina di Bandar Bentong tidak lama lagi bagi mengatasi kesesakan di kawasan berkenaan, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Liow berkata, berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM8 juta bagi membina jambatan itu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

"Jambatan baru itu akan dibina bersebelahan jambatan sedia ada yang terlalu sempit dan menimbulkan kesesakan di pusat bandar Bentong.

"Ini kerana kesesakan di situ bukan lagi berlaku pada musim perayaan, tetapi 
juga pada hari biasa menyebabkan keperluan bagi membina jambatan baru yang lebih besar dan selesa untuk penduduk di sini," katanya di sini, semalam. 

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang 
menyiapkan reka bentuk jambatan dan tender akan dikeluarkan selepas itu. 

"Pembinaan jambatan dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan dengan 
menggunakan kepakaran tempatan," katanya sambil meminta pengguna memberikan 
kerjasama kepada JKR ketika pembinaan jambatan itu kelak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment