My Add

Saturday 28 January 2012

Ops bersepadu: 21 wanita asing antara 105 ditahan

GEORGETOWN, SABTU, 28 Januari, 2012: 21 wanita rakyat asing adalah antara 105 yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi bersepadu di tiga pusat hiburan di sekitar bandar ini, lewat malam tadi. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi menjalani ujian saringan air kencing.

"Wanita warga asing berumur antara 20 dan 30 tahun itu terdiri dari tiga rakyat Vietnam, empat China dan 14 rakyat Indonesia. Mereka yang lain ialah rakyat tempatan," katanya di sini, hari ini.
Ahmad Bakhtiar yang mengetuai operasi bermula pada jam 12 tengah malam itu, berkata seramai 50 anggota daripada Balai Polis Sentral di sini menyertai operasi yang berakhir pada jam 3 pagi itu. 

Sementara itu, jurucakap polis berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati dua wanita rakyat asing dan dua lelaki tempatan positif dadah. 

Beliau berkata, keempat-empat mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala yang lain dibebaskan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment