My Add

Sunday, 1 January 2012

JKR teliti keadaan Jalan Trans Borneo









KUCHING, AHAD, 01 Januari, 2012: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat satu kajian menyeluruh secara berperingkat bagi menaik taraf Jalan Trans Borneo sepanjang kira-kira 800 kilometer dari Kuching hingga ke Limbang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, setakat ini jalan tersebut hanya pada tahap ataupun standard R3 mengikut piawaian JKR dan sesetengah jalan itu kini sudah berusia 30 tahun.

"Sampai masanya kita baiki keseluruhan Jalan Trans Borneo di beberapa seksyen jalan dan kita perlu peruntukan besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan kaligrafi di sebuah pusat beli belah di sini, hari ini.

Jalan Trans Broneo merupakan jalan perhubungan darat utama yang menghubungkan bandar-bandar utama di selatan, tengah dan utara Sarawak.

Sementara itu, mengulas tentang kerja baik pulih di Kilometer 77 Jalan Serian-Sri Aman beliau berkata, setakat ini jalan sementara telahpun dibina dan sudahpun boleh dilalui semua jenis kenderaan manakala kerja membina jalan yang telah rosak juga sedang giat dilakukan oleh sebuah syarikat konsesi yang dilantik. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment