My Add

Sunday 1 January 2012

Pembelian aset pertahanan selari harga siling - Zahid

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Kos pembelian aset-aset dalam inventori pertahanan negara tidak melebihi siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekali gus tidak berlaku penyelewengan dalam perolehan tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebihan perbelanjaan hanya berlaku berikutan kenaikan kadar pertukaran wang asing dan faktor penting yang lain.

"Harga siling telah ditentukan oleh bajet yang diperuntukkan dan semua aset yang dibeli termasuk kapal tempur pesisir pantai (LCS), lazimnya tidak melebihi siling yang ditentukan itu kecuali bila berlaku kenaikan pertukaran wang asing.

"Kenaikan kos juga mungkin berlaku apabila terdapat pertukaran spesifikasi terhadap aset berkenaan namun boleh dikatakan perbelanjaan kesemua aset menepati siling yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ”Pergerakan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012” di Mindef 2, Bangunan Zetro, Wangsa Maju di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment