My Add

Friday 27 January 2012

Masyarakat Felda kena bilai sumbangan kerajaan

SIK, JUMAAT, 27 Januarri, 2012: Tan Sri Isa Abdul Samad meminta masyarakat Felda menilai kesenangan yang mereka nikmati ketika ini berikutan hasil usaha kerajaan selepas dipilih sebagai peneroka.

Pengerusi Felda itu berkata demikian ketika meminta peneroka Felda yang menyokong pembangkang berfikir secara matang mengenai tindakan mereka menentang kerajaan.

Beliau juga meminta peneroka berkenaan menunjukkan sumbangan pembangkang kepada mereka selama ini, dan penyokong pembangkang yang berhasrat untuk keluar dari Felda tidak akan dihalang.

Katanya, tidak ada kerajaan di negara lain yang mewujudkan “penempatan mewah” seperti dilakukan kerajaan Perikatan sewaktu pemerintahan Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussain, yang melahirkan Felda, dan kini diberi nafas baru oleh Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment