My Add

Friday 27 January 2012

Melayu jangan terpedaya helah DAP - Muhyiddin

PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Orang Melayu diingatkan jangan sesekali terpedaya dan terperangkap dengan tipu helah DAP yang memang sejak penubuhan parti itu, ia langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Ingatan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menurut beliau, kerana apa jua tindakan parti itu hanyalah helah semata-mata demi untuk menarik sokongan orang Melayu.

"Kenapa baru sekarang dia nak jemput orang Melayu, saya tak tahulah apa tujuan dia, tapi kita dah tahu sejarah DAP ini, jadi orang Melayu kena faham lebih-lebih lagi bila dia menekankan Malaysian-Malaysiannya.

"Dia kata dia bukan parti perkauman, dia kata dia parti multi-racial (pelbagai kaum) tetapi dari segi amalan dan apa yang telah dilakukan oleh DAP sejak ditubuhkan sampai sekarang pun jelas terbukti (ia) parti yang chauvinist,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment