My Add

Friday 27 January 2012

Muhyiddin hadiri program jamuan bersama rakyat di Putrajaya

PUTRAJAYA, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat, sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin di Presint 8 di sini.

Beliau yang tiba di perkarangan surau pada kira-kira pukul 1.10 tengah hari terus memasuki barisan hadapan ruang solat, selepas bersalaman dengan ramai para jemaah yang menyambut ketibaannya.

Turut kelihatan ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Khutbah Jumaat yang bertajuk ”Rakyat Bersatu Wilayah Persekutuan Maju” disampaikan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

Selesai solat, Muhyiddin menyertai orang ramai di kawasan perumahan itu, ke khemah di padang bersebelahan surau untuk majlis jamuan makan tengah hari bersama rakyat.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya meninggalkan majlis untuk ke Bukit Puchong, bagi program berikutnya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment