My Add

Friday 27 January 2012

Guna laporan polis untuk soal balas saksi diputuskan Isnin

SHAH ALAM, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin depan bagi memutuskan permohonan seorang peguam dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menggunakan laporan polis seorang saksi pendakwaan semasa menyoal balasnya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

Peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan, mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 untuk menyoal balas saksi ke-32 pendakwaan, pegawai soal siasat Cif Ins N. Govindan dengan merujuk beberapa laporan polis yang dibuat oleh saksi berkenaan dalam siasatan kes itu.

Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 menyentuh mengenai pemeriksaan balas saksi berhubung pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment