My Add

Sunday, 29 January 2012

Nasrudin Hassan tolak pihak bersekutu dengan Israel

KUALA LUMPUR, AHAD, 29 Januari, 2012: Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah.

Kata Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat (AS).

"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.

"Sekalipun atas nama untuk ambil hati Amerika (AS), demi masa depan kita yang bakal mengambil alih Putrajaya, tidak sekali-kali wajar dan layak kita menyokong Israel apalagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang dilaknat oleh Allah SWT," katanya menerusi salah satu status terbaru di laman sosial Facebooknya, semalam.

Meskipun kenyataan Nasrudin menerusi laman sosial Facebook itu tidak merujuk kepada mana-mana individu, namun ia dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan Anwar itu disiarkan menerusi satu temuramah dengan The Wall Street Journal yang diterbitkan kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment