My Add

Monday 2 January 2012

Pemuda BN Sarawak kutuk penganjur bebas Anwar 901

KUCHING, ISNIN, 02 Jamuari, 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen “Bebas Anwar 901” sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan. ini.

Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof berkata, kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara.

Beliau berkata, penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej negara sekaligus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia.

Katanya, penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat itu pada 9 Jan ini.

Dalam pada itu, Fadillah menasihati rakyat Sarawak yang berada di ibu negara ataupun di mana-mana sahaja agar mereka tidak terjebak dan terbabit dalam perhimpunan yang tidak memberi faedah kepada negara. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment