My Add

Monday 2 January 2012

Tengkorak khinzir: Empat ditahan bagi bantu siasatan

JOHOR BAHRU, ISNIN, 02 Januari, 2012: Polis menahan empat lelaki semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan tengkorak dan daging yang dipercayai khinzir di luar pagar Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua mereka yang berumur 15 hingga 33 tahun itu ditahan awal pagi semalam di sekitar bandar raya ini oleh pasukan khas bagi menyiasat kes itu, yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim.

"Polis dalam menjalankan siasatan kes berkenaan telah merakamkan percakapan 13 individu setakat ini. Polis juga ingin mengesan seorang lelaki berumur 40-an bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang menunggu keputusan Pejabat Veterinar Sepang, Selangor bagi mengesahkan sama ada tengkorak dan cebisan daging itu adalah khinzir atau sebaliknya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment