KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Kumpulan Native Deen dan Kareem Salama dari Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan persembahan di sini bulan depan untuk memupuk keamanan, terutama di kalangan generasi muda.
Native Deen yang dianggotai Joshua Salaam, Abdul Malik Ahmad dan Naeem Muhammad, adalah antara kumpulan nasyid terkenal di AS yang mempersembahkan lagu berentak hip-hop dan R&B, manakala Kareem Salama pula satu-satunya penyanyi beragama Islam yang terkenal dengan lagu berentak country pop dan rock.
Mereka dibawa ke sini oleh Nizal.Com Sdn Berhad dengan kerjasama syarikat sekutunya di AS.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, pengarah Nizal.Com, Nizal Mohammad, berkata melalui persembahan mereka, Native Dean dan Kareem Salama ingin memupuk keimanan dan nilai keIslaman dalam kalangan generasi muda melalui muzik.
Tarikh dua artis itu mengadakan persembahan akan diumumkan kelak. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment