My Add

Monday 2 January 2012

Saifuddin, Rafizi dicabar desak Nik Aziz letak jawatan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Januari, 2012: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli dicabar supaya mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletak jawatan. 

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, jika mereka lantang mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan berhubung isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), maka desakan sama perlu dilakukan ke atas Nik Aziz.

“Saya mencabar Saifuddin dan Rafizi supaya mendesak Nik Aziz meletak jawatan kerana siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman yang juga berkaitan dengan Nik Aziz.

“Shahrizat tidak bertanggungjawab ke atas NFC kerana ia tidak berkaitan langsung dengan portfolio yang disandangnya sekarang, manakala dalam kes Abdul Ariffahmi mereka berdua berada dalam organisasi sama ketika kes berlaku,” katanya. 

Isu menantu Nik Aziz itu timbul selepas SPRM menyerbu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan ahli keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan yang mempunyai peranan begitu besar. - BH

No comments:

Post a Comment