My Add

Saturday 28 January 2012

Skim pembiayaan khas penjualan rumah mula operasi 1 Mac


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin melihat perarakkan perbarisan pada Majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 januari, 2012: Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam DBKL yang diwujudkan untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, akan mula beroperasi 1 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jemaah Menteri pada 18 Januari lepas bersetuju dengan skim yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar itu.

Beliau berkata, ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

"Saya yakin melalui skim ini, bakal pembeli akan lebih mudah membeli dan memiliki rumah serta dapat mengatasi pelbagai kerenah dalam memperoleh pinjaman yang dihadapi selama ini,” katanya ketika berucap pada pelancaran Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment