My Add

Saturday 28 January 2012

YIK perlu beri kerjasama untuk percepat bantuan RM100

BACHOK, SABTU, 28 Januari, 2012: Yayasan Islam Kelantan (YIK) perlu segera memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) bagi membolehkan lebih 30,000 pelajar di bawah kelolaan yayasan itu mendapat bantuan di bawah Skim Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, kegagalan YIK memberi senarai murid yang layak kepada JPN menyebabkan bantuan itu sehingga kini tidak dapat disalurkan.

Ini kerana tanpa senarai nama yang lengkap, JPN tidak dapat memprosesnya untuk pengesahan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis keraian pasukan Futsal UMNO Bahagian Bachok di Dewan Haji Hussin, Perupuk hari ini.

Beliau mengulas rungutan ibu bapa pelajar sekolah kendalian YIK, agensi di bawah kerajaan negeri Kelantan, yang belum menerima bantuan itu sedangkan pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pelajaran sudah menerimanya.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata, JPN perlu mengesahkan senarai yang dikemukakan YIK dengan lebih tepat supaya tidak timbul pelbagai masalah di kemudian hari. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment