My Add

Saturday 28 January 2012

Tawaran Hadi undur diri tanda sesuatu tak kena dalam Pas

KOTA BHARU, SABTU, 28 Januari, 2012: Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata, kenyataan terbuka presiden parti itu adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa Pas kini berada dalam kancah pergolakan.

"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Abdul Hadi antaranya berkata, keputusan beliau itu dibuat memandangkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment