My Add

Sunday 29 January 2012

Hadi give-up wakil rakyat, nak balik jadi nelayan?

SABTU, 28 Januari, 2012
Betulkah Datuk Seri Abdul Hadi Awang give-up, tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, tanya teman lama, seorang penyokong tegar Pas.

Dia telefon saya selepas membaca kenyataan terbuka Presiden Pas itu yang dilaporkan akhbar hari ini.

Mungkin benar kut, atau Tuan Guru kita tu nak test market, nak tengok apa reaksi ahli dan penykong Pas.

Betul juga pandangan awak katanya, lalu membuat serkap jarang ada sesuatu yang tidak kena atau secucuk dalam parti tersebut. 

Hadi tak jadi wakil rakyat pun boleh pimpin parti. tiada yang salah, cuma kurang molek sikit kata orang Kelantan, jawab saya.

Tengok Dr Chua Soi Lek, dia tak jadi wakil rakyat, tapi pimpin MCA, parti terbesar kaum Cina.

Dia menolak persepsi saya. Dia kata Hadi mungkin terbuku di hati mengenai sesuatu perkara dengan pemimpin tertinggi Pas yang lain.

Nak tahu lebih lanjut tanya Datuk Dr Hasan Ali. Dia lebih arif kerenah yang "tercetus" dalam Pas sejak bersahabat dengan DAP dan PKR.

Dr Hasan tentu sekali banyak tahu cerita dan kerenah sebenar yang 'berkocak' dalam Pas sejak kebelakangan ini, selepas ikhtiar untuk berdamai dengan UMNO terbantut di tengah jalan.

Dia akur pandangan saya, tapi kurang yakin alasan Hadi, konon sudah terlalu lama sebagai wakil rakyat, iaitu lebih 30 tahun lepas. 

Mustahil Hadi nak balik jadi nelayan? Kami ketawa serentak.

No comments:

Post a Comment