My Add

Friday 27 January 2012

Terus dapat manfaat lepas penyenaraian FGVH - Najib

PADANG BESAR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa masyarakat Felda akan terus menikmati segala kelebihan yang diperolehi sekarang selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia kelak.

Perdana Menteri berkata, kelebihan seperti bonus tahunan dan duit raya akan terus dinikmati semua warga Felda, malah jumlahnya mungkin bertambah berbanding sebelum ini.

"Saya beri jaminan, bila Felda disenaraikan (di Bursa Malaysia), semua yang masyarakat Felda sudah dapat sebelum ini akan diteruskan.

"Saya memegang amanah Allahyarham ayahanda (Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussain)... saya tidak akan mengkhianati apa yang diperjuangkannya, saya tidak akan buat sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan kepada Felda,” katanya pada majlis Tinjauan Mesra Rakyat di Felda Chuping, dekat sini.

Katanya, dengan penyenaraian di Bursa Malaysia, Felda akan menjadi sebuah komoditi bertaraf antarabangsa dan bukan lagi hanya menjadi pengeluar getah atau sawit. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment