My Add

Friday 27 January 2012

Nelayan tak lagi ditangkap di kawasan pertikaian

NUSA DUA, Bali, JUMAAT 27 Januari, 2012: Berkuatkuasa serta merta, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia tidak akan lagi menangkap nelayan dari kedua-dua negara yang didapati menjalankan aktiviti di kawasan maritim belum dimuktamadkan persempadanannya, sebaliknya mereka akan diminta meninggalkan kawasan berkenaan.

Pada masa yang sama, agensi berkaitan di kedua-dua belah pihak akan terus memberi penerangan kepada nelayan di negara masing-masing supaya mengelak memasuki kawasan-kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

Kesepakatan ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Garispanduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Indonesia, yang ditandatangani di sini hari ini.

Garispanduan bersama itu, yang dimuktamadkan dalam masa dua bulan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mencapai persetujuan di dua pertemuan iaitu pada Oktober di Lombok dan semasa sidang kemuncak ASEAN di Bali pada November tahun lepas.

Persefahaman ini dibuat berdasarkan hasrat pimpinan tertinggi kedua-dua negara untuk menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya nelayan yang mencari nafkah secara turun temurun di kawasan perairan kedua-dua negara. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment