My Add

Friday 27 January 2012

‘Tukar’ tingkat pendapatan pekedai runcit sehingga 40%

PETALING JAYA, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Pendapatan bulanan peruncit yang menyertai Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dilaporkan meningkat antara 30 hingga 40 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, sehingga Disember lepas, sebanyak 519 kedai runcit telah menyertai program Tukar untuk memodenkan kedai runcit tradisional serta meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

Program Tukar dilancarkan pada Januari tahun lepas dengan menawarkan pinjaman RM60,000 kepada pekedai.

"Jumlah peserta program telah melepasi 500 kedai runcit setiap tahun,” katanya pada sidang media selepas majlis meraikan kejayaan transformasi 519 Kedai TUKAR Bandar Bukit Puchong di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment