My Add

Friday 27 January 2012

Langkah perluas penyertaan peserta serantau diperkenal

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Bank Negara Malaysia akan terus memperkenalkan langkah-langkah untuk memperluas penyertaan peserta serantau dalam pasaran domestik melalui liberalisasi progresif peraturan pentadbiran pertukaran asing dan pembangunan infrastruktur penyelesaian rentas sempadan.

Gabenornya, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah-langkah itu akan membolehkan lebih banyak penyelesaian dan perdagangan mata wang asing yang lebih cekap dan kos efektif.

"Kami mempunyai asas untuk membawa sektor kewangan kami ke tahap pembangunan yang baru,” kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Tahunan Persatuan Pendapatan Tetap, Pasaran Wang dan Derivatif India dan Persatuan Peniaga Utama India (FIMMDA-PDAI) 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, pembangunan berkenaan akan memberi tumpuan kepada bidang-bidang baru yang akan mengukuhkan lagi daya saing dan kecekapan sektor kewangan dan peranan yang berpotensi dalam memudahkan transformasi ekonomi berterusan Malaysia dan mengukuhkan hubungan di rantau ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment