My Add

Sunday, 1 January 2012

Kumpulan bertopeng kejutkan sambutan Ambang 2012

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Keceriaan pengunjung selepas menyaksikan pengiraan detik 12 malam sempena Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka sedikit terganggu apabila sekumpulan lelaki bertopeng dikesan berhampiran lokasi sambutan. 

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dilihat melakukan beberapa aktiviti, dipercayai bagi memperjuangkan kebebasan berkumpul di negara ini.
Mereka bagaimanapun tidak mengganggu kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan konsert Ambang 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bermula seawal 8 malam.

Anggota kumpulan itu ada yang memakai kemeja-T tertera tulisan 'Occupy Dataran' dan topeng yang beraspirasikan filem terkenal 'V For Vendetta' manakala sebahagian lagi berpakaian putih, yang dipercayai bermotifkan perjuangan agama. 

Polis dapat mengawal keadaan sehingga semua pengunjung termasuk kumpulan terbabit bergerak meninggalkan Dataran Merdeka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment