My Add

Sunday 1 January 2012

Ekonomi negara diyakini capai lima peratus

IPOH, AHAD, 01, JAANUARI, 2012: Pertumbuhan ekonomi negara dijangka mampu mencapai sasaran lima peratus meskipun bakal berdepan ketidaktentuan pasaran di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, biarpun ramai penganalisis menjangkakan kemelesetan ekonomi melanda dua kuasa besar itu, negara mempunyai kekuatan dari segi perbelanjaan pembangunan yang mencecah RM49 bilion serta penggunaan barangan dan perkhidmatan oleh rakyat.

“Apabila bercakap tentang Keluaran Dalam Negara (GDP), ia bergantung kepada pelaburan, perbelanjaan kerajaan, tahap kepenggunaan rakyat serta nilai eksport negara.

“Kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku di Eropah akan memberi impak yang kecil kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana eksport ke sana hanya 10 peratus, malah daripada 50 buah negara di kesatuan tersebut, hanya lima daripadanya berdepan masalah,” katanya selepas menyempurnakan sumbangan bantuan kepada projek naik taraf bangunan Pertubuhan Belia Kristian (YMCA) di sini, semalam.

Menurut Ahmad Husni, walaupun negara dijangka menerima kesan kecil daripada kemelesetan ekonomi di Amerika Syarikat dan EU, Malaysia perlu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Ini kerana beberapa barangan yang dieksport ke negara ASEAN dan China misalnya, dipasarkan kembali ke negara-negara EU dan Amerika Syarikat sekaligus boleh menjejaskan jumlah eksport bersih negara,” katanya.

Beliau berkata, bagi menghadapi situasi itu, kerajaan akan mempercepatkan perbelanjaan kerajaan untuk projek pembangunan seawal suku pertama dan kedua tahun depan.

Menurutnya, sebelum ini, perbelanjaan pembangunan hanya dilihat bergerak pantas pada suku ketiga dan keempat berikutan terdapat sesetengah daripadanya berdepan kesukaran termasuk masalah tanah serta kelulusan projek. - MM

No comments:

Post a Comment