My Add

Sunday 1 January 2012

Perkasa tumpu pelajar IPTA

PADANG BESAR, AHAD, 01 Januari, 201: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang untuk mempelbagaikan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara bagi memastikan pelajar tidak bertindak di luar batasan hanya disebabkan oleh kecenderungan politik.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris memberitahu, langkah tersebut wajar memandangkan IPTA kini menjadi tumpuan parti politik memperkembangkan pengaruh masing-masing sehingga menjejaskan norma budaya ketimuran masyarakat di negara ini.

"Salah satu program adalah mendapatkan sebanyak mungkin keahlian Perkasa dalam kalangan pelajar IPTA kerana kita merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bukannya parti politik.

"Sewajarnya pelajar memberi tumpuan terhadap pelajaran daripada terlalu berpolitik, malah Perkasa sendiri mempunyai keanggotaan dalam kalangan pelbagai parti seperti UMNO, Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat)," katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Anjung Perkasa 2011 di Tasik Melati di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua Perkasa Perlis, Ameir Hassan.

Menurut Irwan Fahmi, Perkasa kini mempunyai hampir 300 ahli di kalangan pelajar IPTA.

Katanya, program di IPTA bermula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam baru-baru ini.

"Ia akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya pelajar IPTA dapat diserapkan ke dalam Perkasa dan mereka boleh berbakti kepada bangsa daripada bertindak di luar batasan semata-mata kerana memperjuangkan parti politik," katanya.

No comments:

Post a Comment