JOHOR BAHRU, AHAD, 01 Januarti, 2012: Mangsa banjir di Segamat kekal 209 orang pagi ini dengan enam pusat pemindahan masih dibuka.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, seramai 50 keluarga masih terjejas akibat bencana itu berikutan paras air yang belum surut sepenuhnya di kediaman masing-masing.
Pusat pemindahan itu ialah di Kampung Spangloi, Kampung Batu Badak, Kampung Sanglang, Kampung Pogoh, Kampung Tandong dan Kampung Kuala Paya.
Sementara itu, menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dan Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat melebihi paras amaran pagi ini dengan masing-masing mencatatkan 9 meter dan 17.15 meter.
Semua penduduk di kawasan sekitar diminta berwaspada. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment