My Add

Friday 27 January 2012

110 koperasi peroleh keuntungan melebihi RM5 juta

GEORGETOWN, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Sebanyak 110 daripada 8,606 koperasi yang berdaftar di seluruh negara diklasifikasikan sebagai koperasi mega kerana mampu menjana keuntungan melebihi RM5 juta dan beroperasi pada skala global.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, koperasi berkenaan mampu mencapai kejayaan itu ekoran pengurusannya yang cekap dan amanah serta kesetiaan ahlinya membantu koperasi.

"Daripada jumlah itu, dua koperasi iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) dan Koperasi Felda adalah koperasi yang meraih keuntungan paling banyak setiap tahun.

"Justeru kerajaan mahu lebih banyak koperasi yang ada mencontohi dua koperasi berkenaan agar memperoleh keuntungan besar,” katanya selepas merasmikan Bengkel Membaiki Kenderaan Koperasi Pemandu Lapangan Terbang Pulau Pinang Berhad di sini, hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment