My Add

Friday 27 January 2012

Pemberian angpau dibuat setiap tahun - Adnan Yaakob

RAUB, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemberian angpau kepada masyarakat Cina bukan bermotifkan politik untuk memancing undi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sebaliknya, Menteri Besar itu berkata, pemberian angpau dibuat setiap tahun kepada golongan yang memerlukan.

"Wang tersebut adalah lebihan peruntukan perbelanjaan kerajaan negeri yang diperolehi daripada pelbagai hasil di negeri ini.

"Pemberian angpau tidak ada kaitan dengan pilihan raya, malah kerajaan negeri memberinya pada setiap Tahun Baru Cina,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian angpau kepada lebih 1,000 masyarakat Cina di Kawasan Dewan Undangan negeri Teras, dekat sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment