My Add

Saturday 28 January 2012

Amaran ribut petir, hujan lebat di Terengganu, Pahang

KUALA LUMPUR, SABU, 28 Januari, 2012: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, daerah yang terbabit adalah Kemaman, Dungun dan Marang di Terengganu, serta Kuantan di
Pahang.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua turut
dikeluarkan dengan angin timur laut berkelajuan 50-60 km/j dan ombak mencapai
ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North,

Layang-Layang dan Palawan, dijangka berterusan sehingga Sabtu, 4 Februari.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai
ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang,
Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan
Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan
sehingga 4 Februari.

Kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung turut terdedah kepada kejadian
kenaikan paras air laut, dan keadaan itu dijangka berterusan sehinggan Ahad, 29
Januari.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment