My Add

Saturday 28 January 2012

Kemiskinan bandar jadi agenda utama BN Selangor – Noh

PETALING JAYA, SABTU, 28 Januari, 2012: Kemiskinan bandar akan dijadikan agenda utama Barisan Nasional (BN) Selangor untuk membela rakyat apabila parti itu berkuasa semula di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, hasil tinjauannya ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan dan Paya Jaras mendapati masih banyak pembelaan yang perlu dilakukan terhadap penduduk miskin di bandar.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, tumpuan akan diberikan kepada penduduk di kawasan perumahan flat kos rendah kerana majoriti penduduk di kawasan itu berpendapatan dalam lingkungan RM2,000 sebulan.

"Kehidupan golongan miskin bandar adalah jauh lebih mencabar berbanding golongan miskin luar bandar kerana kos sara hidup di bandar amat tinggi jika dibandingkan dengan luar bandar.

"Saya mengambil inisiatif ini demi untuk mengimbangi kebajikan yang bakal diberikan kepada golongan itu dan kami berjanji sekiranya diberi kepercayaan, kami akan membuat yang terbaik berdasarkan pengalaman sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Rakyat di Bandar Baru Sri Damansara di sini hari ini. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment