My Add

Monday 2 January 2012

Ambil iktibar perhimpunan haram Bersih

Oleh SOFIAN BAHAROM
 
KUALA LUMPUR. isnin, 02 jANUAI, 2012: Kemusnahan yang timbul akibat perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu seharusnya menjadi pengajaran dan tidak diulangi lagi pada 9 Januari ini.

Sehubungan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru rakyat negara ini menggunakan kewarasan akal mereka dengan tidak melibatkan diri dalam perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, seperti Bersih, perhimpunan haram itu akan membawa kerugian kepada negara dan rakyat semata-mata.

Katanya, perhimpunan seperti itu juga akan menimbulkan huru hara dan suasana tidak selesa kepada orang ramai serta pelancong asing, merugikan peniagaan, merosakkan harta benda awam dan mewujudkan risiko kecederaan kepada masyarakat sekitar.

"Sanggupkah pembangkang memperjudikan keselamatan negara dan rakyat dengan mengadakan perhimpunan seperti itu yang sudah pasti merugikan semua pihak. Orang ramai jangan memperjudikan masa depan dengan menyertai perhimpunan berkenaan.

"Bukan itu caranya, kita ada saluran undang-undang dan jika ada benda yang tidak puas hati guna cara yang betul. Berarak beramai-ramai bukan boleh menyelesaikan masalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dilancarkan oleh parti pembangkang bagi menyeru orang ramai terutama mahasiswa turun ke jalanan pada 9 Januari ini iaitu hari Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM), Tan Pei Leong pula menyeru lebih 120,000 belia di bawah pertubuhannya agar tidak menyertai perhimpunan haram tersebut kerana ia hanya akan membawa keburukan kepada pembangunan mereka.

"Isu sebegini tidak membangunkan belia. Gejala bantahan jalanan ini perlu dihentikan supaya pembangunan golongan itu dapat berkembang dengan pesat dan tidak direncatkan oleh anasir yang membelakangkan undang-undang negara.

"YMM tidak akan berkompromi dengan anasir seumpama ini. Pada kami, belia perlu memberi fokus pada agenda membangunkan kebajikan mereka sendiri daripada terjebak dengan perhimpunan haram," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd. Wadzir Abd. Bahari pula menolak taktik jahat pembangkang itu dengan menyifatkan tindakan terdesak tersebut hanya akan mengundang kekacauan terhadap keharmonian yang dikecapi negara ini.

Katanya, perkara tersebut merupakan isu moral yang bersifat peribadi dan sepatutnya rakyat meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem perundangan negara.

"Saya menyeru orang ramai membantah perhimpunan haram ini dan menunjukkan sokongan mereka terhadap sistem perundangan negara yang telus," jelasnya.

Perkara sama turut ditekankan Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang menyifatkan Anwar kini sebenarnya takut menjelang tarikh tersebut dan akan mencipta pelbagai helah.

"Terdapat banyak alasan dan helah digunakan Anwar untuk mengalih perhatian ramai seperti penangguhan kes liwatnya ini, enggan bersumpah, tidak mahu menyerahkan asid deoksiribonuleik (DNA) dan bermacam lagi.

"Anwar kini juga mengatur beberapa pertemuan dengan kedutaan asing. Kita ingin tahu ke mana lagi dia nak lari untuk menyembunyikan diri daripada dikenakan tindakan undang-undang selepas ini," katanya. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment