My Add

Sunday 1 January 2012

Bapa, anak lelaki lemas dihanyut ombak

KUANTAN, AHAD, 01 Januari, 2012: Seorang bapa dan anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya yang sedang dihanyutkan ombak di Pantai Sepat di sini ditemui mati lemas. 

Ketika kejadian kira-kira 2 petang tadi, Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.

Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan turut dihanyutkan ombak kuat ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan, Mat Yusoff Hamat, berkata mayat Zubir ditemui orang awam tidak lama selepas kejadian itu manakala mayat anaknya, Ahmad Zuhaimi, ditemui kira-kira 7.20 malam ini. 

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski. 

Adik ipar Ahmad Zuhaimi, Norazimah Zakaria, 24, berkata ketika kejadian bapa mentuanya dan suaminya Ahmad Zuhaidi sedang bermain bola di pantai berkenaan. 

"Bola itu kemudiannya dihanyutkan ombak ke tengah laut dan apabila ayah mentua saya mahu mengambilnya, dia didapati lemas, suami saya cuba untuk menyelamatkannya tetapi gagal akibat ombak kuat. 

"Abang ipar saya, Ahmad Zuhaimi bergegas untuk membantu. Suami saya berjaya berenang menyelamatkan dirinya. Bagaimanapun, ayah mentua dan abang ipar saya hilang," katanya kepada pemberita. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment