My Add

Friday, 27 January 2012

Dr. Mahathir dianugerah doktor kehormat sains politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Sains Politik oleh Prof. Dr Sujin Jinahyon di Universiti Naresuan di Bangkok, 27 Januari 2012. – Foto Reuters
  TUN Dr Mahathir Mohamad menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Sains Politik 
  disampaikan oleh Prof. Dr Sujin Jinahyon di Universiti Naresuan di Bangkok, Jumaat, 27 
  Januari, 2012. – Foto Reuters 

BANGKOK, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerah doktor kehormat sains politik oleh Universiti Naresuan di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Universiti Naresuan Prof. Dr. Krasae Chanawongse dalam ucapan penghargaan berkata, pemberian anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan sepanjang hayat Dr. Mahathir untuk mewujudkan semangat keperibadian nasional dan bangga terhadap negara di kalangan rakyat Malaysia.

Ia sebagai mengiktiraf kedudukan beliau yang merupakan seorang pemimpin luar biasa di peringkat Asia Tenggara, katanya.

Presiden universiti itu Prof. Dr. Suhjin Jinahyon menyampaikan anugerah kehormat tersebut kepada Dr. Mahathir di satu majlis penyampaian di sebuah hotel di sini.

Ini merupakan pertama kali universiti itu yang mempunyai kampus utama di Phitsanulok, memberikan anugerah tersebut kepada seorang rakyat Malaysia. — BERNAMA



No comments:

Post a Comment