My Add

Monday 2 January 2012

Insiden UPSI: Safwan akan ambil tindakan mahkamah

 KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 Januari, 2012: Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dicedera oleh anggota polis ketika demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Demikian Harakahdaily melaaporkan hari ini berdasarkan kenyataan peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Mohd Khairuddin Othman kepada The Malaysian Insider.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” kata  Mohd Khairuddin 

No comments:

Post a Comment